Isu menarik lagi tertarik dgn tajuk Wanita Hari Ini di tv3="lambat kahwin"
Read rest of entry
di cni ingin memetik petikan artikel dari saudara penulis Pensyarah Maktab Pergurauan Temenggong Ibrahim, Johor Baru
Sekiranya usaha telah dijalankan, namun seseorang wanita itu belum juga menemui jodohnya, maka anggaplah itu ujian di sisi Allah. Ini kerana sama ada berkahwin atau tidak, tugas utama wanita untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada-Nya.
Kehidupan sebagai seorang wanita yang beriman perlu diteruskan.
Perkara berikut boleh dijadikan renungan.
a) Jodoh pertemuan, rezeki dan ajal ditentukan Allah. Tiada siapa pun dibenar mencampuri urusan-Nya.
b) Jodoh pertemuan juga tiada kaitan dengan rupa paras fizikal seseorang kerana pengalaman membuktikan tidak semua yang menemui jodoh itu daripada mereka yang mempunyai rupa paras menawan.
c) Bukan semua masalah boleh diselesaikan hanya dengan berkahwin kerana bukan semua perkahwinan itu baik dan bukan semuanya buruk.
Perkahwinan adalah suatu ujian Allah untuk melihat siapa yang berjaya dalam ujian itu dan siapa pula yang gagal, siapa yang sanggup menjalani tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dan siapa pula sebaliknya.
d) Penuhkan masa lapang dengan kegiatan kemasyarakatan dan sosial yang membawa manfaat kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
e) Tidak terburu-buru mendapatkan suami, bertenang dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya menganugerahkan yang terbaik di sisi-Nya.
f) Dalam hal ini Hafsah binti Umar yang lewat mendapat jodoh setelah kematian suaminya sering mengucapkan doa: “Ya Allah aku berserah kepadamu di atas musibah yang menimpaku dan kurniakanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik.” Akhirnya Rasulullah saw sendiri datang bertanya untuk mengahwininya.
g) Bersuami ada baik dan buruknya. Demikian juga membujang sepanjang hayat. Hidup membujang juga kadang-kadang membahagiakan, bahkan hidup berpasangan juga ada yang mendukacitakan.
Tokoh besar Islam seperti Jalal al-Din al-Suyuti Imam al-Nawawi dan Rabiatul Adawiyah tidak memilih perkahwinan sebagai jalan untuk membahagiakan hidup mereka.